KOTA KINABALU: "Jaga Sabah Musa", itu nasihat Allahyarham Toh Puan Rahimah Stephens setiap kali mengakhiri perbualan yang akan sentiasa diingati oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Musa berkata beliau bertuah kerana berpeluang mengenali Allahyarham yang tidak kekok untuk memberitahunya tentang kerisauan dan harapannya terhadap Sabah.
Beliau berkata Sabah kehilangan seorang wanita yang berbudi pekerti luar biasa dan telah mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam sebagai Menteri Kabinet wanita pertama Sabah di bawah kerajaan Berjaya.
"Mewakili keluarga saya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Toh Puan Rahimah Stephens atas pemergian beliau.
"Toh Puan seorang yang merendah diri dan baik serta cekal walaupun berdepan dengan begitu banyak cabaran termasuk kematian tragis suaminya, bekas Ketua Menteri Allahyarham Tun Fuad Stephens.
"Kecekalan beliau seiring dengan semangatnya untuk hidup yang dicerminkan melalui minatnya terhadap tarian sehingga ke usia emasnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Rahimah, 91, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada kira-kira 4 pagi semalam dan selamat dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas.
BACA: Rahimah Stephens meninggal dunia akibat serangan jantung
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Musa berkata beliau bertuah kerana berpeluang mengenali Allahyarham yang tidak kekok untuk memberitahunya tentang kerisauan dan harapannya terhadap Sabah. - Foto Tan Sri Musa Aman
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Allahyarham Tun Taib pemimpin berpengalaman, fokus majukan Sarawak - Musa Aman
Musa dan keluarga turut menzahirkan ucapan takziah kepada Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keluarganya.
PRU15: Musa Aman hadir buang undi di Libaran
Tan Sri Musa Aman hadir membuang undi di Pusat Pengundian SMK Libaran pada jam 12.30 tengah hari.
PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?
Ahli politik terkenal, Tan Sri Musa Aman dikhabarkan akan bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Jaga Sabah Musa," bekas Ketua Menteri terkenang nasihat Allahyarham Rahimah
Sabah kehilangan seorang wanita yang berbudi pekerti luar biasa dan telah mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam.
Jawatan Ketua Menteri: Musa Aman tarik balik rayuan cabar pelantikan Shafie
Tan Sri Musa Aman menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Antara faktor kepada penurunan itu adalah kerana kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.
Pemimpin Sabah ucap takziah pemergian ADUN Bugaya
Pemimpin Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah, yang meninggal dunia hari ini.
UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut.